Kongsi dari group Aswaja
AMALAN-AMALAN YANG DIKERJAKAN
PADA HARI “ASYURA”
Apakah perkara yang sepatutnya dilakukan dihari A’syura?.
1.Berpuasa sunat.
2. Melebihkan perbelanjaan untuk keluarga.
3. Membanyakkan Istighfar dan taubat .
4. Harus mengadakan jamuan bubur Asyura, bercelak , jamuan daging ayam menurut fatwa Imam Al Hafiz Al Iraqi seorang pakar ilmu hadis.
Wallahu a’lam.
Tersebut dalam Kitab “Jam ul Fawaid” karangan Syeikh Abdullah al-Fathani ada 12 jenis amalan yang dikerjakan pada hari Asyura:
1.Sembahyang
2.Puasa
3.Sedekah
4.Mandi
5.Ziarah orang alim
6.Ziarah orang sakit
7.Menyapu kepala anak yatim
8.Melebihkan perbelanjaan untuk keluarga.
9.Kerat kuku
10.Bercelak mata
11. Membaca surah al-ikhlas seribu kali
12.Menghubungkan shilaturrahim
“Maka adalah hari Asyura itu daripada beberapa hari yang berkelebihan dan zaman yang pilihan, telah menjadikan oleh Allah
Rahmat bagi segala hamba-Nya dan kekasihnya-Nya, seperti barang yang menyebutkan dia oleh “Arif Billah ibnu Abi jamrah, “maka sayugia nya bagi orang yang mempunyai kelebihan jangan dikerjakan pada malam “Asyura itu, melainkan dengan tadharru, dan berdiri sembahyang, dan puasa pada harinya dan mengerjakan taat pada malamnya, dan siangnya” (jam”ul Fawaid,hlm.131)
a. “PUASA”
1. Kelebihan puasa, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani,menulis “ Dan riwayat daripada Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma sabda Nabi S.A.W “Barang siapa puasa padi hari “Asyura”diberikan dia pahala sepuluh ribu haji,dan umrah,dan pahala sepuluh ribu syahid.”.(Jam”Ul Fawaid,hlm 130)
2. Selain tulisan dalam Jam”ul Fawaid, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani juga membicarakan tentang puasa hari “Asyura” dalam kitab-kitab yang lain antaranya dalam Bughyah ath-Thullab, katanya, “Dan demikian lagi puasa pada hari “Asyura”,iaitu hari yang kesepuluh pada bulan Muharram. Dan demikian lagi,puasa pada hari Tasu”a,iaitu hari yang kesepuluh pada bulan Muharram,kerana hadith yang diriwayatkan oleh Muslim,sabda Nabi S.A.W, “yakni puasa, “Asyura,aku kira-kira atas Allah Ta”ala bahawa diampun akan dosa setahun yang dahulunya.” (Bughyah ath-Thullab,hlm.127)
3. Sabda Nabi S.A.W, “Jika aku hidup pada tahun yang lagi akan datang, nescaya aku puasa pada hari yang kesembilan maka Nabi Allah pun wafat ia dahulu daripada mendapat hari itu,”
(Bughyah ath-Thullab,hlm.127)
4. Tulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani selanjutnya, “Dan adalah
Puasa “Asyura,itu tiga martabat,seperti yang disebut oleh Ibnu Hajar Asqalani, bahawa sekurang-kurangnya bahawa ia puasa pada hari Asyura jua. Dan yang diatasnya puasa sertanya Tasu”a. Dan yang atas dari Keduanya ia puasa serta keduanya hari sebelas.” (jam”ul Fawaid,hlm 137)
5. “Dan riwayat daripada Anas Radhiyallah” anhu,daripada Nabi S.A.W
“Barang siapa puasa pada awal jumaat daripada Muharram diampunkan oleh Allah baginya barang yang terdahulu daripada dosanya. Dan barangsiapa puasa tiga hari daripada Muharram, iaitu Khamis,dan Jumaat,dan Sabtu,disurat oleh Allah dengan tiap-tiap hari tiga puluh hari.” (Jam”ul Fawaid,hlm 137)
b . “SEMBAHYANG”
Mengenai kelebihan sembahyang hari Asyura dan cara-cara mengerjakannya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani,menulis, “Ada pun sembahyang hari Ayura seperti barang yang diriwayatkan Nabi S.A.W bersabda, “Barangsiapa sembahyang pada hari Asyura, empat rakaat, dibaca pada tiap-tiap rakaat dengan Fatihah dan Qul Huwallah (surah al-Ikhlas) lima belas kali diampunkan dosa baginya dosa lima puluh tahun yang dahulu dan lima puluh tahun yang kemudian.” (Jam”ul Fawaid,hlm.132)

Comments
Post a Comment